Selamat Datang Ke Laman Blog Rasmi SK Sungai kapit

Kapit, Sarawak, Malaysia
Sekolah Kebangsaan Sungai Kapit terletak di daerah kapit, sarawak. Sekolah ini telah ditubuhkan pada 1 Januari 1972 dengan keluasan kira-kira 9.96 ekar. Lokasi sekolah dikategorikan sebagai sekolah luar bandar dan terletak di tepi sungai kapit. Sekolah Ini terletak kira-kira 5 km atau10 minit perjalanan dari pekan kapit dan boleh dihubungi melalui jalan raya. Sekolah ini merupakan sekolah harian 1 sesi dan berasrama. Sekolah ini menempatkan lebih 400 orang murid yang terdiri dari pelbagai bangsa seperti iban, cina, kenyah, kayan, dan melayu. Majoriti murid disini adalah berbangsa iban. Sekolah ini juga mempunyai kelas pra sekolah yang ditubuhkan pada 2004 dan Kelas Khas Bermasalah Pendidikan (KKBP) dibawah seliaan Jabatan Pendidikan khas. Terdapat seramai 37 orang tenaga pengajar dalam pelbagai bidang akademik dan 15 orang kakitangan sokongan yang terdiri dari PT,PTR,Juruteknik Komputer,PPM, Fasilitator Schoolnet danTukang Masak yang bertugas di sekolah ini.

Monday, November 23, 2009

Kem 1 Malaysia Bahagian Kapit 2009

Kem 1 Malaysia telah berlangsung pada 12 november -15 november 2009. SK Sungai Kapit telah dipilih menjadi tuan rumah di daerah Kapit oleh PPD Kapit.Sebanyak 15 buah sekolah sekitar kapit menyertai perkemahan tersebut.
Perkemahan ini terdiri dari pelbagai kaum seperti kaum iban,melayu,cina,kenyah,kayan dll.Antara objektif utama perkemahan ini adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara kaum di malaysia.
Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan semasa perkemahan ini antaranya permainan rakyat,sukan rakyat,persembahan kebudayaan,pertandingan masakan,lawatan ke tempat awam di Kapit dan lain-lain lagi.
Secara keseluruhanya kem ini telah berjalan lancar dengan bantuan pelbagai pihak dan tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang hari perkemahan.

- Memori Perkemahan -

selamat datang kepada peserta kem






sesi pendaftaran & pemasangan khemah






masa untuk berehat








peserta didedahkan mengenai permainan rakyat


tidak ketinggalan sukan rakyat juga didedahkan









lawatan ke balai polis,balai bomba & muzium kapit











persembahan malam kebudayaan oleh peserta






Majlis penutup Kem 1 Malaysia








persembahan tarian 1 malaysia dari pelajar sk sungai kapit








Candid Picture



Kem 1 Malaysia



































































No comments:

Post a Comment